Rupanya begini pula doktor dan krewnya membuat kerja pemasangan alat berkenaan.Ini video yang menunjukkan bagaimana pemasangan alat berkenaan sama seperti yang berlaku ke atas saya.
Satu lagi kisah yang menimpa rakan anda iaitu saya sendiri[Cikgu Saidi Liasan],dimana nasip tidak menybelahi saya apabila tulang pinggul rosak atas sebab kemalangan.Saya telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan dengan orthopedic implants dengan kos hampir RM 12,000.00.Saya menggunakan kerusi roda selama 1 tahun,guna dua belah tongkat 2 tahun dengan menjalani fisioterapi.Alhamdulillah berkat keazaman dan kekuatan hati maka saya telah beransur menggunakan sebelah tongkat dan latih guna tongkat tangan[pendek].Doktor tidak menjamin saya boleh pulih berjalan seperti biasa tetapi dapat bergerak bebas dengan usaha sendiri dengan sokongan tongkat.
Sepanjang saya menanggung kesulitan ini,saya hampir berputus asa dan hilang keyakinan diri.Walau bagaimanapun dengan adanya ahli keluarga yang memberikan semangat dan dorongan segala bayangan kekecewaan hilang dan saya sudah berani berhadapan dengan masyarakat.Dalam tugas saya sudah boleh menghadiri mesyuarat,seminar dan berurusan secara rasmi walau di mana sahaja.
Kepada rakanku,jangan berputus asa,jangan kecewa dan yang lebih penting jangan jadikan kekurangan dalam diri sebagai batasan dan penghalang berusaha dan menghasilkan kerja yang berkualiti.
Jika ada rakan atau ahli keluarga yang mengalami situasi seperti saya ini,maka berikanlah semangat dan dorongan kepadanya supaya kelangsungan nikmat hidup perlu ditempuhi dengan hati yang dedikasi terhadap diri sendiri.




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan