Isnin, 22 Disember 2014

TABAH DAN BERSEMANGAT


Rupanya begini pula doktor dan krewnya membuat kerja pemasangan alat berkenaan.Ini video yang menunjukkan bagaimana pemasangan alat berkenaan sama seperti yang berlaku ke atas saya.

Satu lagi kisah yang menimpa rakan anda iaitu saya sendiri[Cikgu Saidi Liasan],dimana nasip tidak menybelahi saya apabila tulang pinggul rosak atas sebab kemalangan.Saya telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan dengan orthopedic implants dengan kos hampir RM 12,000.00.Saya menggunakan kerusi roda selama 1 tahun,guna dua belah tongkat 2 tahun dengan menjalani fisioterapi.Alhamdulillah berkat keazaman dan kekuatan hati maka saya telah beransur menggunakan sebelah tongkat dan latih guna tongkat tangan[pendek].Doktor tidak menjamin saya boleh pulih berjalan seperti biasa tetapi dapat bergerak bebas dengan usaha sendiri dengan sokongan tongkat.

Sepanjang saya menanggung kesulitan ini,saya hampir berputus asa dan hilang keyakinan diri.Walau bagaimanapun dengan adanya ahli keluarga yang memberikan semangat dan dorongan segala bayangan kekecewaan hilang dan saya sudah berani berhadapan dengan masyarakat.Dalam tugas saya sudah boleh menghadiri mesyuarat,seminar dan berurusan secara rasmi walau di mana sahaja.

Kepada rakanku,jangan berputus asa,jangan kecewa dan yang lebih penting jangan jadikan kekurangan dalam diri sebagai batasan dan penghalang berusaha dan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Jika ada rakan atau ahli keluarga yang mengalami situasi seperti saya ini,maka berikanlah semangat dan dorongan kepadanya supaya kelangsungan nikmat hidup perlu ditempuhi dengan hati yang dedikasi terhadap diri sendiri.

PESAN RAKAN

Di antara kata-kata dalam ucapan Tuan ACP Jauteh Dikun,sebagai peringatan dan nasihat sebagai rakan.Peristiwa yang beliau lalui umpama mati hidup semula.Masalah kesihatan tidak mengira siapa dan di tahap mana ianya menggangu kesihatan seseorang.Tuan Jauteh yang pernah dimasukkan ke SMC mengalami gangguan tekanan jantung yang mana mengikut doktor jantung beliau pernah berhenti seketika

Hasil daripada rentetan kisah ini,Tuan Jauteh meminta kepada semua rakan tidak kira lelaki dan perempuan sama ada merasakan diri sentiasa sihat,perlulah menjalani pemeriksaan kesihatan.Ini amat penting untuk mengetahui tahap kesihatan sentiasa terjaga.

Jumaat, 19 Disember 2014

RENUNGAN BERSAMA


Datin Kee Ryes hehehhe


07 DISEMBER 2014

Di halaman ini
Terkumpul seribu titisan madu
Lalu membasahi bibir dan terasa
Betapa manisnya untuk kembali bermadah bicara
Lalu mata merlihat betapa  indahnya
Untuk memandang raut wajah yang ditinggalkan.
07 Disember 2014
Tiga dekad masing masing membawa haluan
Memacu kerjaya dan tanggungjawab
Di lautan lepas
Di pelusuk rantau namun
Telah terukir tarikh karamat ini
Yang pasti manis untuk disimpan dalam memori
Untuk mengisi zaman kedewasaan
Di pertengahan senja usia ini
Segarlah mekarlah kembali
Bunga dan tunas remaja kita
Suatu waktu dahulu
Yang lama kita tinggalkan
.

By Saidi Liasan ,20?12/14

Rabu, 17 Disember 2014

MARRY CHRISTMAS 2014



glitter maker

BERITA

MARINA SUTERA HABOUR:- Pada 07 Disember 2014 seramai 26 orang pelajar Grup SPM Tahun 1983 Sekolah Menengah Mat Salleh Ranau telah  mengadakan reunion di sini.
Tujuan utama perkumpulan ini dibuat adalah untuk menghimpunkan rakan sepersekolahan yang telah terpisah sekian lama dan ada yang mencecah sehingga 31 tahun tidak dipertemukan,ini atas sebab mengurus tanggungjawab daripada majikan masing-masing.Dengan adanya perkumpulan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara rakan.


Mereka yang dipertemukan dalam majlis ini adalah mereka yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan sector swasta dan tidak kurang juga bekerja sendiri.
Reunion ini telah diusahakan oleh Tuan ACP Jauateh Dikon,Sitiamah Sahat,Mary Peter dan Junenani Salim.- Oleh RAKAN KITA

Selasa, 16 Disember 2014

PANTUN SAIDI

Lamanya sudah bertanam anggur
Hati gundah ingin berhibur
Duduk,jalan berdiri dan berundur
Itu gelagat kita di Sutera Habour

Lama sudah tidak menendang
Akhirnya juga menendang gunung
Lama sudah tidakku pandang
Akhirnya  sama menjeling

Dari mana hendak ke mana
Dari belakang pergi ke depan
Lamanya sudah tidak berjumpa
Bertemu mesara di majlis reunion

SAMPAIKAN HASRAT KITA

MINI REUNION GRUP 83 © Saidi Liasan G 03 Disember 2014:
  • Ke Laman Utama